Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PKNP MENYUMBANG BARANGAN HARIAN KEPADA ANGGOTA PEKERJA TERLIBAT BANJIR
28/12/2021 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani








Kuantan, 27 Disember - Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) melalui Skuad Bencana PKNP yang diketuai oleh Encik Nasry bin Kassim telah menyumbangkan barangan keperluan harian kepada anggota pekerja dan bekas pekerja PKNP yang terlibat banjir baru - baru ini. Sumbangan telah diserahkan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Tuan Haji Mohd Zaid bin Harun. Seramai hampir 40 orang penerima yang terlibat dengan banjir dikenal pasti dan dibantu dengan segera. Selain dari bantuan keperluan harian, skuad ini juga telah turun padang pada hari sebelumnya untuk kerja - kerja pembersihan rumah. Pengurusan PKNP berharap semoga dengan bantuan yang disalurkan dapat membantu anggota pekerja yang terlibat.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.