Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PROGRAM JALINAN KASIH BERSAMA USAHAWAN PKNP
02/01/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani






Kuantan , 31 Disember - Program Jalinan Kasih Bersama Usahawan PKNP yang dianjurkan oleh Majlis Bersama Jabatan (MBJ) dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Komuniti dan Keusahawanan serta Bahagian Hal Ehwal Korporat PKNP telah diadakan baru - baru ini.

Program yang melibatkan 112 usahawan PKNP di Kompleks Teruntum, Kompleks Dagangan Mahkota dan Medan Niaga PKNP, Sungai Soi ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Tuan Haji Mohd Zaid bin Harun.

Program ini bertujuan untuk menyantuni usahawan - usahawan PKNP yang terkesan akibat bencana banjir dan pandemik Covid - 19. Sebanyak 112 beg barangan harian diedarkan bagi meringankan beban mereka yang terlibat.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.