Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PKNP BANTU PERSIAPAN BANJIR KERAJAAN NEGERI PAHANG DI DEWAN JUBLI PERAK, KUANTAN
03/01/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani




Kuantan, 31 Disember - Anggota pekerja Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) dengan kerjasama PUSPANITA PKNP bersama - sama membantu persiapan pembungkusan barangan banjir anjuran Kerajaan Negeri Pahang di Dewan Jubli Perak, Kuantan baru - baru ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, YH Dato' Mohd Faizal bin Jaafar, PKNP sentiasa bersiap siaga dalam memberikan bantuan dan sokongan kepada Kerajaan Negeri Pahang.

Malah, PKNP sendiri mempunyai Skuad Bencana yang telah memulakan operasi bantuan banjir sejak minggu lepas.

Anggota Pekerja PKNP sentiasa digalakkan untuk menyertai aktiviti sukarelawan bagi membantu mangsa banjir.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.