Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2022
03/01/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani
Tahun 2021 kini melabuhkan tirainya, esok tahun 2022 menjelma membawa seribu satu harapan dan impian untuk dicapai.

Segala cerita yang terlukis sepanjang 2021 akan kekal menjadi memori sebagai pengalaman dan pedoman bersama.

Penghujung 2021 ditutup dengan musibah banjir yang melanda negara termasuk di Negeri Pahang. Bagi yang terkesan dengan bencana ini, kami mendoakan anda untuk terus sabar dan kuat menempuh ujian ini.

Marilah kita bersama - sama berdoa supaya kita mampu bangkit menempuh tahun 2022.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2022 dari Pengerusi, Ahli Perbadanan, Pengurusan dan Warga Kerja Kumpulan PKNP

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.