Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


MAJLIS PERHIMPUNAN AWAL TAHUN 2022 PKNP
03/01/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani








Kuantan, 3 Januari - Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Yang Hormat Dato’ Mohd Faizal bin Jaafar menyampaikan ucapan tahun baru dan seterusnya merasmikan Majlis Perhimpunan Awal Tahun 2022 PKNP yang dipancarkan secara langsung dalam talian melalui aplikasi webex. Dalam ucaptamanya, beliau turut menzahirkan ucapan takziah kepada semua anggota pekerja PKNP yang terkesan akibat bencana banjir yang melanda baru - baru serta berbangga dengan inisiatif dan komitmen yang ditunjukkan oleh anggota pekerja PKNP melalui Skuad Bencana, Majlis Bersama Jabatan (MBJ), PUSPANITA PKNP serta anggota pekerja Anak-Anak Syarikat PKNP yang turut membantu mangsa banjir di Negeri Pahang.

Dalam majlis yang sama, beliau turut mengumumkan penstrukturan dan perubahan fungsi PKNP bagi tahun 2022 dengan pelantikan Datin Hajah Noraskin binti Jamaludin sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) dan Encik Mohd Razif bin Abdul Malek sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PKNP (Pembangunan). Selain itu, Puan Marlia binti Osman dilantik sebagai Pengurus Unit Pengurusan Kualiti, Risiko dan Integriti. Malah, beberapa pegawai juga diumumkan kenaikan pangkat pada majlis hari ini. Tahniah diucapkan kepada semua.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.