Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


KELAB KELUARGA KUMPULAN PKNP DAN PUSPANITA PKNP SERAH SUMBANGAN TABUNG BENCANA BANJIR 2021
08/01/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani










Kuantan, 8 Januari - Presiden Kelab Keluarga Kumpulan PKNP, Tuan Haji Md Daud bin Abdul Rahman dan Setiausaha PUSPANITA PKNP, Puan Nor Azilah binti Abdul Aziz mewakili Presiden PUSPANITA PKNP, Yang Berbahagia Datin Zuhaira binti Zainordin telah menyerahkan sumbangan Tabung Bencana Banjir 2021 dalam satu majlis ringkas pada pagi semalam.

Tabung Bencana Banjir 2021 ini telah dilancarkan pada 21 Disember 2021.

Tabung ini telah berjaya mengumpulkan sumbangan daripada anggota pekerja PKNP, ahli PUSPANITA PKNP dan sumbangan Kelab Keluarga Kumpulan PKNP.

Seramai 34 keluarga ahli kelab yang terdiri daripada keluarga anggota pekerja PKNP dan anak syarikat PKNP telah menerima manfaat daripada kutipan tabung ini.

Turut hadir adalah Pengurus Hal Ehwal Korporat, Tuan Haji Mohd Ibrahim bin Hashim dan Pengurus Audit Dalam, Puan Liza binti Omar.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.