Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PKNP SERTAI SUKARELAWAN BANJIR KERAJAAN PAHANG KE SEGAMAT, JOHOR
17/01/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani






Segamat, 13 Januari - Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) menyahut seruan YAB. Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail untuk turun ke daerah Segamat, Johor bagi misi pasca banjir kerajaan Negeri Pahang pada 13 dan 14 Januari 2022. PKNP menghantar hampir 20 orang sukarelawan yang terdiri daripada anggota pekerja PKNP bersama - sama 180 sukarelawan yang lain ke Kampung Alai di Mukim Gemereh, Johor dan Kampung Chodan di Mukim Pogoh, Johor. Selain dari membersihkan rumah, misi ini turut menyalurkan sumbangan berbentuk barangan keperluan makanan dan harian mangsa - mangsa yang terlibat. Sebagai agensi kerajaan yang bertanggungjawab, PKNP sentiasa prihatin dan peka dalam membantu masyarakat yang terkesan dalam bencana alam.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.