Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MPC WILAYAH TIMUR KE PKNP
18/01/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani


Kuantan, 17 Januari - Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), Y.H Dato' Mohd Faizal bin Jaafar menerima kunjungan hormat dari Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Timur, Encik Mohd Azwan bin Mohd Salleh di Bilik Mawar, Kompleks Teruntum. Satu sesi yang produktif berkaitan inisiatif penambahbaikan ekosistem pelaburan Negeri Pahang berlangsung pada pagi tadi. PKNP bertindak sebagai urusetia dan pemantau bagi kemajuan pilot projek Smart Glove di Gebeng, Kuantan, Pahang Darul Makmur. Turut hadir, Pengurus Perindustrian, Tuan Haji Md Daud bin Abdul Rahman.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.