Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PROGRAM JALINAN KASIH BERSAMA USAHAWAN PKNP DI TAPAK GERBANG SANTAI
21/01/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani





Kuantan, 20 Januari - Program Jalinan Kasih Bersama Usahawan PKNP yang dianjurkan oleh Majlis Bersama Jabatan (MBJ) dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Komuniti dan Keusahawanan telah diadakan malam semalam, 20 Januari 2022.

Program yang melibatkan 30 usahawan bumiputera di tapak niaga Gerbang Santai, Kompleks Dagangan Mahkota ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Dato Mohd Faizal Bin Jaafar bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PKNP (Pembangunan), Encik Mohd Razif bin Malek dan Pengurus Bahagian Pembangunan Komuniti dan Keusahawanan, Encik Nasry bin Kassim.

Program ini bertujuan untuk menyantuni usahawan - usahawan bumiputera yang telah beroperasi sejak tahun 2019 di tapak milik anak syarikat PKNP iaitu BCIC Holdings Sdn Bhd.

Tapak ini telah diusahakan oleh PKNP pada tahun 2019 dan telah di uruselia oleh seorang penganjur pada tahun 2020 sehingga sekarang. Usahawan ditapak ini juga turut terkesan dengan wabak pandemik Covid - 19 dan sebanyak 30 beg barangan harian diedarkan bagi meringankan beban mereka yang terlibat.


kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.