Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


DUTA JERMAN KE MALAYSIA MELAKUKAN KUNJUNGAN HORMAT KE PKNP
25/01/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani






Kuantan, 24 Januari - Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Y.H. Dato' Mohd Faizal bin Jaafar menerima kunjungan hormat daripada Duta Jerman ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Dr. Peter Blomeyer pada petang ini.

Kunjungan kali pertama ini bertujuan untuk memahami peranan dan fungsi PKNP dalam menggalakkan pelaburan di Negeri Pahang.

Malah Dr Blomeyer turut berkongsi peluang dan platform untuk digunakan PKNP bagi mempromosikan Negeri Pahang di Jerman.

Beliau hadir dalam siri lawatan di Negeri Pahang selama 8 hari bermula 20 Januari sehingga 28 Januari 2022.

Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), Datin Hajah Noraskin binti Jamaludin, Pengurus Perindustrian, Tuan Haji Md Daud bin Abdul Rahman, Pengurus Hal Ehwal Korporat, Tuan Haji Mohd Ibrahim bin Hashim dan Pengurus Pemantauan Perniagaan, Encik Rahmat bin Hussin.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.