Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PKNP SERTAI BENGKEL PERKASA WANITA PAHANG 2022
31/01/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani




Kuantan, 28 Januari - Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PKNP (Pengurusan), Yang Berbahagia Datin Hajah Noraskin binti Jamaludin mengetuai delegasi PKNP ke Bengkel Perkasa Wanita Pahang 2022 di Swiss - Garden Beach Resort, Kuantan bermula 27 - 28 Januari 2022.

PKNP diwakili oleh Yang Berbahagia Datin Hajah Noraskin binti Jamaludin, Puan Azilah binti Abdul Aziz, Puan Dhaleazafarina binti Md Zabani, Puan Hamidah binti Abdul Ghani, Puan Nurul Diana binti Anayan dan Puan Saniyah binti Mohamed.

Kluster pekerjaan yang diketuai oleh Datin Hajah Noraskin bin Jamaludin dan dianggotai pegawai - pegawai di PKNP dan anak syarikat dari latar belakang dan kepakaran yang berlainan telah memfokuskan kepada agenda meningkatkan peratusan guna tenaga wanita dalam sektor awam dan swasta di Negeri Pahang.

Bengkel ini diadakan untuk menyahut hasrat kerajaan Negeri Pahang bagi membentuk Dasar Wanita Pahang dan mewujudkan pelan tindakan bagi memastikan dasar ini dapat dicapai.

Dasar ini juga akan menjadi garis panduan kepada kerajaan Negeri Pahang dalam merancang dan mengurusperdanakan penglibatan wanita dalam pembangunan Wanita Pahang.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.