Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


KAYUHAN UKHWAH PKNP BERSAMA PMINT KUKUHKAN JALINAN KERJASAMA
31/01/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani








Kuantan, 30 Januari - Kayuhan ukhwah Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) bersama Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) telah diadakan dengan jayanya pada hari semalam melibatkan laluan sepanjang 24km di sekitar bandar Kuantan.

Program kayuhan ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Yang Hormat Dato' Mohd Faizal bin Jaafar yang turut serta mengayuh bersama - sama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Yang berbahagia Mejar (K) Wan Adnan bin Wan Derahman.

Malah, program ini turut disertai oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang (Pengurusan), Yang Hormat Dato' Dr. Mohd Zakaria bin Ibrahim.

Program yang disertai hampir 70 orang peserta yang terdiri daripada anggota pekerja PKNP, anak syarikat PKNP dan PMINT ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antara agensi kerajaan dan membuka ruang untuk kerjasama yang lebih utuh di masa hadapan.

Program ini telah dianjurkan dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Korporat PKNP, Kelab Keluarga Kumpulan PKNP, Majlis Bersama Jabatan (MBJ) PKNP dan urusetia PMINT.

Jutaan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan marsyal - marsyal yang membantu kelancaran program pada hari ini.

Semoga program ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.