Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


MAJLIS HIMPUNAN PENJAWAT AWAM NEGERI PAHANG
08/02/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani




Kuantan, 8 Februari - Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Yang Hormat Dato Mohd Faizal bin Jaafar telah menghadiri Majlis Himpunan Penjawat Awam Negeri Pahang pada pagi ini di Dewan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB. Menteri Besar Pahang, Dato Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail. Dato Sri Wan Rosdy berkata, penjawat awam di Negeri Pahang perlu bersedia berhadapan dengan cabaran susulan transformasi media sosial yang melangkaui sempadan. Beliau turut mengingatkan agar penjawat awam lebih berhati - hati ketika bertugas, cermat dalam tindakan dan bijaksana dalam membuat keputusan.

Dalam ucapannya, Dato Sri menyatakan fokus kerajaan Negeri Pahang pada tahun 2022 adalah untuk bersatu dalam mencapai hasrat pembangunan yang dirancang antaranya Rumah Rakyat Pahang (RRP), Rumah Makmur Pahang dan Rumah Penjawat Awam Pahang.

Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), Datin Hajah Noraskin binti Jamaludin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), Encik Mohd Razif bin Abdul Malek, Pengurus Hal Ehwal Korporat, Tuan Haji Mohd Ibrahim bin Hashim serta Pengurus Pentadbiran dan Sumber Manusia, Puan Nooremi binti Musa.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.