Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


KEJOHANAN BOLING TRIO ANTARA JABATAN MAKSAK PAHANG 2022
14/02/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani




Kuantan, 14 Februari - Majlis Sukan Pahang (MSP) merangkul gelaran juara Kejohanan Boling Trio Antara Jabatan Maksak Pahang 2022 yang diadakan pada 12 Februari 2022 di Megalanes, Berjaya Megamall, Kuantan.

Kejohanan ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Pembangunan Sukan Dalaman Maksak 2022 yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Yang Hormat Dato' Mohd Faizal bin Jaafar. Kejohanan ini merupakan persiapan pemilihan pemain bagi penyertaan Negeri Pahang ke MAKSAK peringkat kebangsaan.

Tahniah juga diucapkan kepada Trio A PKNP dan Trio B PKNP yang berjaya meraih tempat 15 terbaik daripada 35 pasukan yang bertanding.

Hadiah kemenangan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Yang Hormat Dato' Mohd Faizal bin Jaafar.

Turut hadir adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PKNP (Pembangunan), Encik Mohd Razif bin Abdul Malek dan Pengurus Hal Ehwal Korporat, Tuan Haji Mohd Ibrahim bin Hashim.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.