Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


LAWATAN KERJA KE SMARTGLOVE HEALTHCARE SDN BHD
17/02/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani




Kuantan, 14 Februari - Dokumen perjanjian telah bertukar tangan antara Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Yang Hormat Dato' Mohd Faizal bin Jaafar dengan Encik Foo Khon Pu, Pengerusi Eksekutif SmartGlove Healthcare Sdn Bhd sewaktu lawatan kerja selama sehari ke kilang SmartGlove di Klang, Selangor Darul Ehsan.

Semasa lawatan kerja ini, Ahli Perbadanan PKNP, Yang Hormat Dato' Wan Asmadi bin Wan Ahmad dan delegasi PKNP telah dibawa melawat dan melihat sendiri operasi pembuatan dan pengeluaran sarung tangan SmartGlove.

SmartGlove akan membina kilang di atas tanah milik PKNP yang berkeluasan 95 ekar dengan nilai pelaburan berjumlah RM 2.2 bilion. Malah, pelaburan ini dijangka mewujudkan lebih kurang 4,000 peluang pekerjaan.

Kilang ini disasarkan beroperasi pada penghujung tahun 2022. Lawatan ini turut disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SmartGlove, Encik Johnson Chang, Pengarah Perkhidmatan Korporat Kumpulan, Encik Ahmad Faizi bin Mohd Kamil dan Ketua Pegawai Tadbir Urus, Puan Sujatha Sekhar Naik.

Hadir bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), Encik Mohd Razif bin Abdul Malek, Pengurus Perindustrian, Tuan Haji Md Daud bin Abdul Rahman, Pengurus Teknik, Tuan Haji Mohamad Hasrizal bin Hasim dan Pengurus Khidmat Perundangan, Puan Salwa binti Mohd Kasim.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.