Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


KURSUS PEMAHAMAN DAN PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001 : 2015
17/02/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani




Kuantan, 16 Februari - Seramai hampir 30 orang pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) menghadiri kursus pemahaman dan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001 : 2015 yang bermula pada 14 - 15 Februari 2022 bertempat di Dewan Seminar EDC, Kompleks Teruntum, Kuantan.

Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pegawai baru dan melaksanakan semakan semula pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) di PKNP oleh juruaudit dalaman bagi memastikan persijilan semula dapat diperolehi pada tahun ini.

Disamping itu, kursus ini turut membincangkan perbandingan keperluan Standard Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (ABMS) MS ISO 37001:2016 dan SPK MS ISO 9001:2015.

Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Abdul Razak bin Abu Bakar dari QTC Management Consultant Sdn Bhd.

Bagi memastikan langkah pencegahan dan kawalan kepada Covid - 19 dipatuhi, setiap peserta diwajibkan untuk mengambil ujian kendiri Covid - 19 (cecair mulut dan hidung) sebelum dibenarkan menghadiri kursus untuk kedua - dua hari.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.