Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


KUNJUNGAN HORMAT PERBADANAN KEMAJUAN CAMERON HIGHLANDS KE PKNP
18/02/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani




Kuantan, 17 Februari - Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PKNP (Pengurusan),Yang Berbahagia Datin Hajah Noraskin binti Jamaludin menerima kunjungan hormat delegasi Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands (PKCH) pada petang ini di Bilik Lembaga, Kompleks Teruntum, Kuantan.

Kunjungan daripada delegasi PKCH ini diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKCH, Tuan Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Bin Syed Abdul Rahman.

Sesi libat urus yang kali pertama diadakan ini adalah bertujuan untuk memahami fungsi dan peranan PKNP serta objektif penubuhannya.

Dengan adanya sesi ini, PKCH dapat mempelajari dan menggunakan pengalaman PKNP sebagai agensi pembangunan Negeri Pahang untuk diaplikasikan mengikut acuan PKCH.

Turut hadir adalah Pengurus Hal Ehwal Korporat, Tuan Haji Mohd Ibrahim bin Hashim, Pengurus Pentadbiran dan Sumber Manusia, Puan Nooremi binti Musa dan Pengurus Pemantauan Perniagaan, Encik Rahmat bin Hussin.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.