Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PKNP MERASMIKAN MESYUARAT AGUNG DWITAHUNAN KELAB KELUARGA KUMPULAN PKNP DAN TABUNG KHAIRAT KEMATIAN KUMPULAN PKNP
23/02/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani






Kuantan, 22 Februari - Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Yang Hormat Dato Mohd Faizal bin Jaafar telah merasmikan Mesyuarat Agung Dwitahunan Kelab Keluarga Kumpulan PKNP kali ke - 18 sesi 2022/2023 dan Mesyuarat Agung Tabung Khairat Kematian Keluarga Kumpulan PKNP sesi 2022/2023 pada hari ini di Dewan Utama EDC, Kompleks Teruntum.

YH. Dato Mohd Faizal dalam ucapannya berkata Ahli Jawatankuasa Kelab Keluarga Kumpulan PKNP dan Tabung Khairat Kematian Kumpulan PKNP sesi 2020/2021 telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dengan penganjuran pelbagai aktiviti mencakupi sukan, sosial dan kebajikan. Tambah beliau, penglibatan aktif anggota pekerja PKNP dalam berpersatuan sangat digalakkan namun harus seimbang dan tidak mengabaikan kerja hakiki.

Pada majlis ini, Ahli Jawatankuasa Kelab Keluarga Kumpulan PKNP dan Ahli Jawatankuasa Tabung Khairat Kematian Keluarga Kumpulan PKNP sesi 2022/2023 telah dilantik.

Harapan beliau untuk Ahli Jawatankuasa Kelab Keluarga dan Tabung Khairat Kematian yang baharu dilantik adalah untuk terus menganjurkan program - program menarik dan diperluaskan kepada anak - anak syarikat PKNP.

Majlis yang dipancarkan secara dalam talian melalui aplikasi webex ini telah dihadiri oleh hampir 200 orang anggota pekerja Kumpulan PKNP.

Turut hadir secara fizikal adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PKNP (Pengurusan), Datin Hajah Noraskin binti Jamaludin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PKNP (Pembangunan), Encik Mohd Razif bin Abdul Malek dan Pengerusi Tabung Khairat Kematian Kumpulan PKNP, Encik Rahmat bin Hussin dan AJK yang terlibat.

Hadir secara dalam talian adalah Presiden Kelab Keluarga Kumpulan PKNP sesi 2020/2021, Tuan Haji Md Daud bin Abdul Rahman.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.