Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PERKONGSIAN ILMU TEKNIK VIRAL MEDIA SOSIAL DALAM MENJANA PENDAPATAN USAHAWAN
24/02/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani




Kuantan, 23 Februari - Seramai hampir 40 orang peserta menghadiri Program Perkongsian Ilmu Teknik Viral Media Sosial yang diadakan pada 23 Februari 2022 bertempat di Dewan Orkid, Kompleks Dagangan Mahkota, Indera Mahkota, Kuantan.

Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), Encik Mohd Razif bin Abdul Malek yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Yang Hormat Dato' Mohd Faizal bin Jaafar.

Encik Mohd Razif berkata media sosial seperti Tiktok, Facebook dan YouTube adalah platform terkini dalam menjana pendapatan bagi usahawan. Malah, para peserta yang hadir seharusnya merebut peluang dan memanfaatkan ilmu yang diperoleh sebaiknya, demikian ucapan Yang Hormat Dato' Mohd Faizal yang dibacakan beliau.

Dalam pada itu, program selama sehari ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para usahawan mengenai teknik untuk tular dengan menggunakan 3 platform media sosial yang sedang digunakan dengan meluas. Dalam program ini 3 orang influencer iaitu Puan Wani Sidek, Encik Iszarizal Ismail dan Encik Aidy Akmal dijemput menjadi panel dan berkongsi ilmu dan pengalaman mengikut kemahiran platform media sosial mereka.

Bagi memastikan langkah pencegahan dan kawalan kepada Covid - 19 dipatuhi, setiap peserta diwajibkan untuk mengambil ujian kendiri Covid - 19 dan mematuh segala Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Turut hadir adalah Pengurus Pembangunan Komuniti & Keusahawanan, Encik Nasry bin Kassim dan Penolong Pengurus Pembangunan Komuniti dan Keusahawanan, Encik Muhammad Jabrul Akmal bin Mat Yahya.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.