Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


JARINGAN INDUSTRI BERSAMA MIDA
28/02/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani
Kuantan, 27 Februari - Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) Encik Mohd Razif bin Abdul Malek bersama - sama Pengurus Perindustrian, Tuan Haji Md Daud bin Abdul Rahman menghadiri Majlis Makan Malam Jaringan Industri bersama Malaysian Investment Development Authority (MIDA) di sini malam tadi.

Majlis yang dianjurkan oleh MIDA ini dihadiri oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Encik Sivasuriyamoorthy Sundara Raja, Pengarah Pelaburan Tempatan, Encik Sukri Abu Bakar, Pengarah MIDA Pahang, Puan Nadia Zam Zam dan Timbalan Pengarah Pelaburan Tempatan, Puan Siti Sarbanun Shaik Baharudin.

Majlis jaringan industri ini bertujuan untuk memaklumkan kemudahan - kemudahan yang disediakan oleh MIDA, membincangkan peluang - peluang perniagaan serta pelaburan dari pelabur - pelabur luar ke Negeri Pahang.

Hadir bersama adalah Unit Antarabangsa, Pejabat Setiausaha Negeri Pahang, MITI dan ECERDC.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.