Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


ISRAK DAN MIKRAJ PERISTIWA AGUNG UMAT ISLAM
28/02/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani
Israk Mikraj merupakan peristiwa agung yang mengandungi pelbagai pengajaran besar bagi umat Islam. Israk Mikraj memperlihatkan bahawa kekuasaan Allah S.W.T yang Maha Berkuasa mengatasi peraturan kebiasaan alam ini sehinggakan perjalanan yang kebiasaannya memakan tempoh masa sebulan pergi dan sebulan pulang hanya berlaku dalam tempoh sebahagian malam sahaja. Lebih ajaib lagi, peristiwa Mikraj menjadi bukti keagungan Allah S.W.T yang tiada tolok banding selama-lamanya walau manusia memiliki kecanggihan dan kemajuan dalam teknologi yang semakin berkembang dan maju kehadapan dari zaman ke zaman. Mustahil bagi manusia menandingi dan menyaingi kehebatan Allah S.W.T sama sekali untuk terjadinya penerokaan sehingga ke Sidratul Muntaha sebagaimana yang dilalui oleh Baginda S.A.W. Selamat Menyambut Israk dan Mikraj.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.