Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


TAHNIAH PASUKAN BOLA JARING PKNP GONDOL TEMPAT KEDUA
14/03/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani




Kuantan, 13 Mac - Pantang menyerah sebelum berjuang, itu prinsip pasukan bola jaring PKNP yang menggondol tempat kedua dalam Kejohanan Bola Jaring antara jabatan kerajaan yang diadakan pada hari ini di Gelanggang Terbuka Majlis Sukan Pahang (MSP), Kuantan.

Pertandingan yang dianjurkan oleh MAKSAK Pahang ini telah menarik penyertaan 5 pasukan iaitu dari Majlis Bandaraya Kuantan, Majlis Sukan Pahang, Jabatan Kewangan Negeri Pahang dan Pasukan Pasukan Campuran Bentong dan Kuantan (BENTAN).

Pasukan BENTAN muncul juara dengan menewaskan keempat - empat pasukan lain manakala PKNP menduduki tempat kedua apabila terpaksa tunduk kepada Pasukan BENTAN.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.