Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PROGRAM EKSEKUTIF PELATIH PKNP CUNGKIL BAKAT PESERTA
24/03/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani






Kuantan, 22 Mac - 5 orang peserta Eksekutif Pelatih (EP) telah melengkapkan pembentangan kajian individu yang merupakan tugasan terakhir pada pagi semalam di Dewan Utama EDC, Tingkat 3, Kompleks Teruntum.

Program EP bagi Sesi 2021/2022 yang bermula pada 1 April 2021 yang lalu dijadualkan berakhir pada 31 Mac 2022 ini. Program tersebut dirangka bertujuan untuk melatih para graduan bagi meningkatkan tahap kebolehpasaran sekaligus melahirkan graduan yang bersedia dalam bidang pekerjaan. Pembentangan pada hari ini diadili oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Yang Hormat Dato' Mohd Faizal bin Jaafar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), Yang Berbahagia Datin Hajah Noraskin binti Jamaludin dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), Encik Mohd Razif bin Abdul Malek.

Turut hadir adalah Pengurus - Pengurus Bahagian dan Unit serta Pegawai - Pegawai yang terlibat.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.