Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN PKNP 2022
31/03/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani






Kuantan, 25 Mac - Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin telah diadakan pada pagi ini di Dewan Utama EDC, Tingkat 3, Kompleks Teruntum dan diketuai oleh Pengerusi Masjid Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad Sungai Karang, Ustaz Muhammad Awis Qarni Abdul Wahab.

Majlis ini diadakan untuk memohon kesejahteraan hidup, kesihatan yang berpanjangan dan perlindungan Allah S.W.T dari wabak Covid -19. Selain itu, majlis juga diadakan untuk memohon kelancaran bagi melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadan pada tahun ini.

Turut hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Yang Hormat Dato' Mohd Faizal bin Jaafar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), Encik Mohd Razif bin Abdul Malek, Pengurus - Pengurus Bahagian dan Unit serta anggota pekerja PKNP.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.