Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PROGRAM BIMBINGAN PERNIAGAAN BIZCLINIC
31/03/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani




Kuantan, 31 Mac - Seramai hampir 20 orang peserta menghadiri Program Bimbingan Perniagaan Bizclinic anjuran Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) yang diadakan pada 30 Mac 2022 bertempat di Bengkel Melati, Tingkat 1, BCIC Lodge, Kompleks Dagangan Mahkota, Indera Mahkota, Kuantan.

Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), Encik Mohd Razif bin Abdul Malek yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Yang Hormat Dato' Mohd Faizal bin Jaafar. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para usahawan untuk berbincang secara bersemuka bersama para kaunselor daripada INSKEN bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi serta masa depan perniagaan mereka.

Sesi perbincangan dan kaunseling ini mengambil masa 30 hingga 60 minit bagi setiap peserta. Penyertaan program ini juga turut dihadiri oleh peserta bukan sahaja sekitar daerah Kuantan, malah turut dihadiri oleh peserta dari daerah seperti Raub.

Dua bisKaunselor daripada INSKEN iaitu Encik Muhamad bin Yusof dan Puan Zuhrah binti Haji Nadakkavil Alassan merupakan kaunselor yang ditugaskan untuk mengadakan sesi kaunseling perniagaan secara semuka yang diadakan selama sehari tersebut.

Turut hadir adalah Pengurus Pembangunan Komuniti dan Keusahawanan, Encik Nasry bin Kassim dan Penolong Pengurus Pembangunan Komuniti dan Keusahawanan, Encik Muhammad Jabrul Akmal bin Mat Yahya.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.