Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PKNP DIANUGERAHKAN PRODUCTIVITY CHAMPION
01/04/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani




Kuantan, 1 April - Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Yang Hormat Dato Mohd Faizal bin Jaafar dianugerahkan Productivity Champion baru - baru ini bersempena Majlis Jalinan Kerjasama Kerajaan Negeri Pahang dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Penghargaan ini diberikan di atas kepimpinan contoh yang ditunjukkan Yang Hormat Dato Mohd Faizal dalam penglibatan aktif mempromosikan peningkatan produktiviti dalam organisasi dan juga usaha menarik pelabur ke Negeri Pahang.

Sijil penghargaan telah diserahkan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang (Pengurusan), Yang Hormat Dato Dr. Mohd Zakaria bin Ibrahim selaku wakil Rasmi kepada YAB. Menteri Besar Pahang. Majlis jalinan ini dianjurkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia dengan tujuan untuk memperluaskan maklumat dan informasi, meningkatkan kerjasama serta menggalakkan penglibatan aktif pihak kerajaan negeri melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, jabatan dan agensi Negeri Pahang di bawah inisiatif Pahang Produktif.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.