Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


MAJLIS BERBUKA PUASA PKNP BERSAMA YAB. MENTERI BESAR PAHANG SERTA MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA MAAHAD TAHFIZ AR - RUSHD
06/04/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani


Lipis, 5 April - YAB. Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail telah merasmikan Majlis Berbuka Puasa PKNP di Dewan Kampung Tanjung Gahai, Lipis, baru - baru ini.

Dato' Sri Wan Rosdy juga telah menyampaikan sumbangan PKNP kepada Maahad Tahfiz Ar - Rushd dan kepada 15 orang pelajar tahfiz Maahad Tahfiz Ar - Rushd.

Penyampaian sumbangan telah disaksikan oleh YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato' Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak dan Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, YH. Dato' Mohd Faizal bin Jaafar.

Majlis anjuran PKNP ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) Encik Mohd Razif bin Abdul Malek bersama - sama Pengurus, Ketua-ketua jabatan, tok-tok penghulu serta penduduk kampung Tanjung Gahai, Lipis.

Semoga majlis berbuka puasa ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara PKNP bersama penduduk kampung Tanjung Gahai serta menyokong pelajar-pelajar Tahfiz di dalam menimba ilmu keagamaan.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.