Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


MESYUARAT PENYELARASAN PELABURAN BOSAI MINERALS GROUP C0. LTD DO MCKIP FASA 2
06/04/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani




Kuantan, 5 April - Satu mesyuarat penyelarasan bagi cadangan pembangunan projek pelaburan dari negara China iaitu Bosai Minerals Group CO. Ltd di Taman Perindustrian Malaysia - China Kuantan (MCKIP), Gebeng telah diadakan pada 5 April 2022. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohd Razif bin  Abdul Malek dan turut dihadiri oleh Pengurus Perindustrian, Tuan Haji Md Daud bin Abdul Rahman, Pengurus Teknik, Tuan Haji Mohamad Hasrizal bin Hasim, Penolong Pengurus Perindustrian, Puan Dhaleazafarina binti Md Zabani dan wakil daripada ECERDC. Cadangan pelaburan bagi projek ini dijangka meliputi kawasan seluas 600 ekar di dalam kawasan MCKIP 2 manakala Fasa 1 yang melibatkan 4 komponen dianggarkan melibatkan pelaburan berjumlah USD 860 juta.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.