Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


SUMBANGAN RAMADAN 1443H KELAB KELUARGA KUMPULAN PKNP KEPADA AHLI - AHLI KELAB
07/04/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani


Kuantan, 6 April - Presiden Kelab Keluarga Kumpulan PKNP, Tuan Haji Md Daud bin Abdul Rahman telah menyerahkan sumbangan ramadan kepada Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Yang Hormat Dato' Mohd Faizal bin Jaafar pada hari ini di Tingkat 16, Kompleks Teruntum.

Serahan sumbangan ini adalah satu simbolik pemberian sumbangan dari Kelab Keluarga Kumpulan PKNP kepada anggota pekerja PKNP.

Sementara itu, seramai 208 ahli Kelab Keluarga Kumpulan PKNP menerima sumbangan berupa barangan dapur. Antara barangannya adalah minyak masak, gula, susu dan sardin.

Program yang diadakan saban tahun ini diteruskan lagi dengan matlamat berkongsi rezeki dan membantu ahli - ahli membuat persiapan dalam menjalani bulan Ramadan.

Malah, program ini menandakan keprihatinan kepimpinan Kelab Keluarga Kumpulan PKNP dalam menjaga kebajikan ahli - ahli kelab.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.