Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


SESI TAKLIMAT DAN PERMOHONAN DANA SYARIKAT TERJEJAS BENCANA ALAM DAN PANDEMIK COVID - 19 (SMEEF DAN SMERF) SME CORP MALAYSIA
08/04/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani


Kuantan, 8 April - Seramai 33 orang peserta menghadiri Sesi Taklimat dan Permohonan Dana Syarikat Terjejas Bencana Alam serta Pendemik Covid - 19 anjuran bersama SME Corp. Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) yang diadakan pada 7 April 2022 bertempat di Dewan Seminar EDC, Tingkat 3, Kompleks Teruntum, Kuantan.

Sesi taklimat ini dilaksanakan untuk memberi peluang kepada usahawan-usahawan untuk mendapatkan pinjaman serta bantuan yang disediakan oleh pihak SME Corp akibat bencana alam dan pandemik Covid - 19.

Pada sesi taklimat ini, usahawan-usahawan diterangkan mengenai dana-dana yang disediakan oleh kerajaan bagi membantu syarikat bangkit semula selepas bencana yang dialami.

Sesi taklimat ini disampaikan oleh Pengarah SME Corp Malaysia, Pahang, Puan Nadia Yusof serta Ketua Wilayah Timur, Malaysia Industrial Development Finance Berhad (MIDF), Puan Hizaramurny Zakaria. Pengurus Pembangunan Komuniti dan Keusahawanan, Encik Nasry bin Kassim turut memberi taklimat mengenai peranan Bahagian Keusahawanan di PKNP.

Turut hadir Penolong Setiausaha, Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri Pahang, Encik Muhammad Afiq Aizuddin Bin Md Di.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.