Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


YAB. MENTERI BESAR PAHANG MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT AHLI PERBADANAN PKNP DAN MENGHADIRI MAJLIS BERBUKA PUASA PKNP
13/04/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani





Kuantan, 12 April - YAB. Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail telah mempengerusikan Mesyuarat Ahli Perbadanan PKNP Bil.1 /2022 di BCIC Lodge, Bandar Indera Mahkota, Kuantan pada 11 April 2022.

Mesyuarat antara lainnya membincangkan tentang kedudukan kewangan PKNP untuk suku pertama tahun 2022, juga menerokai peluang usahasama dengan pelabur yang berpotensi.

YAB. Dato Sri Wan Rosdy yang juga merangkap sebagai Pengerusi PKNP kemudiannya meluangkan masa berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib bersama hampir 160 orang Warga Kerja Kumpulan PKNP.

Beliau turut memberikan sumbangan kepada 16 orang anak - anak yatim dari Pusat Jagaan Chahaya, Pelindung, Beserah.

Turut hadir pada majlis ini adalah Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato' Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak, Ahli - Ahli Perbadanan PKNP, Pengurusan PKNP, Pegawai Kanan Anak Syarikat dan Warga Kerja Kumpulan PKNP.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.