Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


NUZUL AL - QURAN | PERISTIWA BERSEJARAH UMAT ISLAM
20/04/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani
17 Ramadan merupakan tarikh penting bagi umat islam kerana pada tanggal ini berlakunya peristiwa Nuzul Al - Quran. Nuzul Al - Quran atau bermaksud penurunan wahyu Al - Quran merupakan sebuah sejarah yang hebat dan menjadi panduan serta perlembagaan seluruh umat islam.

Nuzul Al - Quran adalah satu peristiwa turunnya ayat Al - Quran yang pertama dari Luh Mahfuz di langit ketujuh ke Baitul Izzah di langit dunia. Peristiwa ini berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke - 41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w bersamaan 6 Ogos 610M.

Al - Quran diturunkan beransur - ansur kepada Nabi Muhammad s.a.w dalam tempoh 23 tahun. Allah S.W.T menurunkan Al - Quran dalam bulan Ramadan, satu peristiwa alam ghaib yang wajib kita imani.

Sebelum Ramadan berlalu pergi, marilah kita bersama-sama menghayati dan mengambil pedoman dari peristiwa ini.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.