Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


KUNJUNGAN HORMAT GAS MALAYSIA BERHAD KEPADA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PKNP
25/04/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani




Kuantan, 25 April - Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, YH. Dato Mohd Faizal bin Jaafar telah dikunjungi oleh Gas Malaysia Berhad bagi membincangkan status terkini project Smart Glove City oleh Smart Glove Healthcare Sdn. Bhd.

Ini berikutan, pihak Gas Malaysia melalui anak syarikatnya Gas Malaysia Distribution Sdn.Bhd. merupakan pembekal utiliti gas kepada pelabur-pelabur di Kawasan Perindustrian Gebeng dan bakal membekalkan keperluan gas kepada projek dengan nilai pelaburan berjumlah RM2 billion oleh syarikat Smart Glove Healthcare Sdn. Bhd. pada suku ke - 4 tahun 2022.

Encik Tuan Mohd Rafizam bin Tuan Jaafar selaku Jurutera Kanan syarikat telah memaklumkan bahawa Gas Malaysia Berhad sentiasa komited terhadap keperluan pelabur terutamanya di Kawasan Perindustrian Gebeng selaras dengan Gebeng Master Plan 2025.

Turut hadir adalah Pengurus Perindustrian PKNP, Tuan Haji Md. Daud bin Abdul Rahman dan Penolong Pengurus Perindustrian, Puan Dhaleazafarina binti Md. Zabani.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.