Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


LAWATAN TAPAK SEBAGAI PERSEDIAAN MAJLIS PELANCARAN SEMULA PROJEK PERUMAHAN AWAM KOS RENDAH CHENOR, PAHANG DARUL MAKMUR
25/04/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani


Maran, 25 April - Satu lawatan tapak dan perbincangan telah diadakan baru - baru ini sebagai persediaan majlis pelancaran semula 186 unit Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) di Taman Jaya Diri, Chenor, Pahang Darul Makmur.

Lawatan ini telah diketuai oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PKNP (Pembangunan), Encik Mohd Razif bin Abdul Malek. Hadir bersama adalah wakil Pejabat Daerah dan Tanah Maran iaitu Penolong Pegawai Daerah Maran, Puan Nik Siti Fadilah binti Yaacob, wakil dari Majlis Daerah Maran, Encik Muhammad Haziq bin Redzuan dan Puan Habsah binti Mat Jabar.

Turut sertai lawatan tapak ini adalah Pengurus Hal Ehwal Korporat,Tuan Haji Mohd Ibrahim bin Hashim, Pengurus Teknik, Tuan Haji Mohamad Hasrizal bin Hasim dan beberapa pegawai PKNP serta wakil Nilaitek (M) Sdn Bhd.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.