Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2022
29/04/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani
Hari Pekerja tahun 2022 dirai dengan tema Pekerja Tonggak Keluarga Malaysia Dalam Pemulihan Negara. PKNP sebagai sebuah organisasi turut terkesan ketika wabak Covid - 19 melanda negara pada tahun 2020 dan 2021. Pada ketika itu, para pekerja perlu mengadaptasi norma baharu iaitu bekerja di rumah bagi memastikan tanggungjawab sebagai penjawat awam tetap diteruskan waima dalam keadaan apa sekalipun. Sesungguhnya, fasa pandemik mengajar kita erti kesabaran, ketabahan, mencabar diri dan berfikir di luar kotak dalam melaksanakan amanah yang dipikul. Kini, dalam fasa pemulihan atau fasa endemik, perjalanan memartabatkan PKNP sebagai sebuah agensi yang cemerlang perlu diteruskan. Kita semua adalah tonggak kepada kelangsungan PKNP. Kepada semua warga kerja Kumpulan PKNP, Pengurusan PKNP ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja dan terima kasih di atas segala jasa, sumbangan dan pengorbanan anda selama ini. Teruskan berjuang kerana anda semua adalah tonggak kepada kemajuan dan pembangunan PKNP!

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.