Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI KUMPULAN PKNP - TAUTKAN KEMBALI SILATURAHIM
26/05/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani







Kuantan, 26 Mei - Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita rapatkan, itu hasrat Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Yang Hormat Dato Mohd Faizal bin Jaafar bagi penganjuran Majlis Hari Raya Aidilfitri Kumpulan PKNP kali ini.

Merapatkan kembali tautan silaturahim adalah titik mula kepada tercetusnya idea penganjuran majlis kali ini. Menariknya majlis yang diadakan pada hari ini adalah penglibatan bersama-sama anggota pekerja PKNP dan anak syarikat PKNP dalam membantu persiapan majlis.

Tambah istimewa, majlis ini turut dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang merangkap Pengerusi PKNP, Dato Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak, Ahli Parlimen Paya Besar, Yang Berhormat Dato Indera Mohd Shahar bin Abdullah dan Ahli-ahli Perbadanan PKNP.

Kira-kira 1,000 tetamu telah memeriahkan Majlis Hari Raya Aidilfitri Kumpulan PKNP 2022.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.