Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PROGRAM TRANSPRENEUR PKNP DI KOMUNITI DAERAH BERA
30/05/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani


Bera, 28 Mei - PKNP melalui Bahagian Pembangunan Komuniti dan Keusahawanan telah menganjurkan program Transpreneur PKNP bertempat di Pahang Resthouse @ Bera, Bandar Kerayong Bera. Program ini turut mendapat kerjasama Majlis Belia Daerah Bera.

Objektif program ini adalah untuk memberi galakan, pendedahan, latihan dan bimbingan kepada golongan belia menceburi bidang keusahawanan. Program ini juga mendedahkan peluang, maklumat dan tindakan-tindakan penting untuk memulakan perniagaan.

Antara panel yang diundang bagi menjayakan program sehari ini ialah Encik Shahrul Ambar bin Abdullah Ambar, Eksekutif Pembangunan Usahawan TEKUN Nasional Negeri Pahang. Beliau telah memberi taklimat berkenaan insentif dan skim-skim pinjaman yang disediakan di bawah TEKUN Nasional. Selain itu, Puan Nana Rahman dan Encik Ooi Kai Xian dari Innergialabs menerangkan berkenaan Transformasi Perniagaan dengan penggunaan sistem bagi menguruskan kewangan dan geran pendigitalisasi oleh MDEC yang terus boleh dimohon oleh usahawan.

Pengurus Bahagian Pembangunan Komuniti dan Keusahawanan, Encik Nasry bin Kassim turut memberi suntikan semangat dalam sesi ceramah beliau yang bertajuk Tindakan dan Hala Tuju Perniagaan Pasca Covid-19 dengan tagline - Berfikir semula, merangka semula, menjana semula dan bertindak sekarang - .

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.