Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


MAJLIS PERSARAAN DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG ANGGOTA PEKERJA PKNP
03/06/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani









Kuantan, 1 Jun - Anggota pekerja PKNP diingatkan untuk sentiasa menjaga integriti sebagai penjawat awam dengan melaksanakan tugas dengan amanah, jujur dan bertanggungjawab.

Itu adalah antara intipati ucapan Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Yang Hormat Dato Mohd Faizal bin Jaafar semasa merasmikan Majlis Persaraan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Anggota Pekerja PKNP di Dewan Utama EDC, Kompleks Teruntum.

- Saya ingin berterima kasih kepada semua anggota pekerja PKNP yang telah menjalinkan kerjasama yang baik dalam memulihkan perniagaan PKNP pasca Covid -19 -, tambah beliau.

Pada majlis ini, seramai empat orang pesara diraikan termasuk mantan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Tuan Haji Mohd Zaid bin Harun. Selain itu, majlis ini turut meraikan Encik Mohd Rafe bin Meon, Puan Wan Karimah binti Wan Yaakob dan Puan Norzaini binti Ahmad.

Selain itu, 11 orang anggota pekerja PKNP menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2021. Malah, tiga orang anggota pekerja PKNP menerima insentif 25 tahun perkhidmatan.

Majlis pada hari ini turut meraikan 10 orang peserta Program Eksekutif Pelatih Siri 5 yang telah tamat pada 31 Mac 2022.

Tidak dilupa, penghargaan turut diberikan kepada barisan Ahli Bersama Jabatan (MBJ) sesi 2020 - 2022 yang diketuai oleh Encik Mohd Lizam bin Jemail.

Watikah perlantikan juga diberikan kepada barisan Ahli Bersama Jabatan (MBJ) sesi 2022 - 2024 yang diketuai oleh Encik Issma Rohaizad bin Abdul Wahab.

Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), Datin Hajah Noraskin binti Jamaludin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), Encik Mohd Razif bin Abdul Malek, Pengurus Bahagian dan Unit PKNP serta anggota pekerja PKNP.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.