Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


KURSUS LATIHAN PENGENDALIAN BOT DAN ASAS MENYELAMAT DI AIR SKUAD BENCANA PKNP
20/06/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani






Kuantan, 20 Jun - Seramai 25 anggota pekerja PKNP menyertai kursus latihan Pengendalian Bot dan Asas Menyelamat di Air selama 2 hari bermula 15 -16 Jun 2022 di Jeti Esplanade MBK,Kuantan.

Kursus ini dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Komuniti dan Keusahawanan PKNP dengan kerjasama anggota Polis Marin Kuantan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM) Kuantan, dan Kuantan Rivers Tours.

Objektif kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada SKUAD BENCANA PKNP dengan kemahiran penyelamat di air dan pengendalian bot yang betul serta memastikan mereka sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi musim banjir.

Majlis penutup dan penyampaian sijil tamat latihan telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, YH Dato' Mohd Faizal Bin Jaafar. Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), Encik Mohd Razif Bin Abdul Malek, Pengurus Hal Ehwal Korporat Tuan Haji Mohd Ibrahim Bin Hashim dan Pengurus Pembangunan Komuniti dan Keusahawanan, Encik Nasry Bin Kassim. Kursus ini berjalan dengan lancar dengan mengikut jadual, pengisian yang ditetapkan.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.