Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


SAKIT ITU MAHAL, KESIHATAN MENJADI KEUTAMAAN
20/06/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani






Kuantan, 20 Jun - Sakit itu mahal kerana kos perubatan semakin meningkat dan menjadi sihat itu memerlukan disiplin yang tinggi, kata Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Dato Mohd Faizal bin Jaafar dalam ucapannya sewaktu Majlis Penyampaian Hadiah Program Dah Kughuih Belum Weh.

- Saya sangat menggalakkan program - program sebegini yang membudayakan gaya hidup sihat dengan penekanan kepada aspek penjagaan berat badan, - kata beliau.

Program ini bertujuan untuk menbudayakan amalan hidup sihat dalam kalangan anggota pekerja Kumpulan PKNP di samping untuk mengekalkan berat badan yang ideal.

Dalam majlis ini, Bahagian ICT memperoleh tempat pertama bagi kategori Bahagian/Unit manakala Unit Kawalan Risiko dan Integriti mendapat tempat kedua diikuti oleh Bahagian Perindustrian.

Bagi kategori individu, tempat pertama dimenangi oleh Puan Rohazida binti Harun dari Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia yang berjaya menurunkan 14kg berat badan. Tempat kedua pula dimenangi oleh Puan Norisah binti Hitam dari Bahagian ICT dan tempat ketiga dimenangi oleh Puan Hasnah binti Hamid dari Bahagian Hal Ehwal Korporat.

Program yang dijalankan bermula 4 April hingga 3 Jun 2022 ini disertai oleh 155 orang anggota pekerja PKNP dan anak syarikat PKNP.

Seramai 79 anggota pekerja PKNP berjaya mencapai berat badan ideal.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.