Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI KAKITANGAN KUMPULAN PKNP PAHANG BERHAD KALI KE - 28
20/06/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani




Kuantan, 20 Jun - Seramai 255 orang ahli Koperasi Kakitangan Kumpulan PKNP Pahang Berhad (Koperasi PKNP) telah menghadiri Mesyuarat Agung kali ke - 28 pada 19 Jun 2022.

Mesyuarat telah diadakan di Dewan Orked, Kompleks Dagangan Mahkota, Bandar Indera Mahkota, Kuantan.

Sesi perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PKNP (Pembangunan), Encik Mohd Razif bin Abdul Malek mewakili Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Yang Hormat Dato Mohd Faizal bin Jaafar.

Untuk rekod, Koperasi PKNP telah mencatatkan keuntungan RM 85,510.00 pada tahun 2021 berbanding RM 210,938.00 pada tahun 2020.

Pemberian dividen ke atas saham adalah 3% pada tahun 2021 berbanding 6% pada tahun 2020. Manakala, pemberian dividen ke atas yuran adalah 3% pada 2021 berbanding 6% pada tahun 2020.

Mesyuarat ini dihadiri oleh Pengerusi Koperasi PKNP, YH Dato Haji Ahmad Sabri bin Hussin, Mantan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Mohd Zaid bin Harun dan Ahli - Ahli Koperasi PKNP.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.