Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


MAJLIS SOLAT HAJAT DAN DOA SELAMAT PKNP
27/06/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani




Kuantan, 24 Jun - Majlis solat hajat dan doa selamat telah diadakan semalam di Dewan Utama EDC bagi memohon kelancaran dan kemudahan untuk Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, YH. Dato Mohd Faizal bin Jaafar dan isteri, Yang Berbahagia Datin Zuhaira binti Zainordin yang akan menunaikan ibadah haji.

Majlis solat hajat dan doa selamat ini diketuai oleh Bilal Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1, Ustaz Ahmad Hayatul Faiz bin Abd Latif. Seramai kira - kira 90 orang anggota pekerja kumpulan PKNP hadir dalam majlis ini.

Turut hadir adalah Yang Berbahagia Datin Zuhaira binti Zainordin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), Yang Berbahagia Datin Hajah Noraskin binti Jamaludin dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), Encik Mohd Razif bin Abdul Malek.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.