Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


KEJOHANAN BOLING TERTUTUP KELAB KELUARGA KUMPULAN PKNP
29/06/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani






Tarikh : 22 - 25 Jun 2022 Lokasi : Premium Lanes, Kuantan Plaza, Kuantan

Sesi pemilihan pemain bagi kategori individu dan beregu untuk Sukan Gemaputera 2022 telah diadakan bermula 22 Jun hingga 25 Jun 2022 dalam Kejohanan Boling Tertutup Kelab Keluarga Kumpulan PKNP.

Bagi kategori beregu suami dan isteri dan beregu lelaki / beregu wanita, masing - masing telah diadakan pada 24 dan 25 Jun 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, YH Dato Mohd Faizal bin Jaafar dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), Encik Mohd Razif bin Abdul Malek hadir pada hari pertama kejohanan untuk memberikan sokongan dan berentap bersama - sama para pemain.

Program ini diadakan dengan kerjasama Puspanita PKNP.

Keputusan Kejohanan:-

Juara Individu V.I.P - YH. Dato Mohd Faizal bin Jaafar

Juara Individu Lelaki - Kapt Azis bin Muhamad

Juara Individu Wanita - Puan Nornazirah binti Abdulllah

Juara Beregu Lelaki - Encik Mohamad Alif bin Mohamad Arjunaidi dan Encik Mohd Samsuri bin Mohd Rauf Juara Beregu Wanita - Puan Liza binti Omar dan Puan Roha binti Muhamed

Juara Pasangan Suami dan Isteri - Puan Norazlin binti Ahmad dan Suami (Encik Mohd Rizal)

Juara Suami/Isteri dan Anak - Tuan Hj Md Daud bin Abdul Rahman dan anak (Adib Hakimi)

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.