Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


MESYUARAT CADANGAN SYARIKAT UZMA ENVIROENERGY SDN BHD UNTUK MEMBEKALKAN TENAGA SOLAR
29/06/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani


Kuantan, 28 Jun - Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) diwakili oleh Pengurus Perindustrian, Tuan Haji Md Daud bin Abdul Rahman menghadiri mesyuarat bersama Uzma Enviroenergy Sdn Bhd untuk membekalkan tenaga solar di bawah Selco kepada Agrobest (M) Sdn. Bhd. di Tanjung Batu, Pekan.

Selaras dengan peranan PKNP selaku OSA dalam sektor perkilangan di Negeri Pahang, usaha ini diharapkan dapat meringankan beban pelabur agar syarikat dapat beroperasi dengan lancar pada kos yang rendah.

Usaha ini diharapkan dapat dimanfaatkan oleh syarikat pelabur yang lain di semua kawasan perindustrian di Negeri Pahang. Sektor-sektor lain seperti perumahan, hartanah dan sebagainya juga boleh menerima pakai sistem ini agar operasi dapat berjalan dengan cekap dan efisyen.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.