Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PASUKAN BOLA JARING PKNP MENANG KE ATAS MBK
07/07/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani


Kuantan, 5 Julai - Pasukan Bola Jaring PKNP telah menerima jemputan perlawanan persahabatan bersama Pasukan Bola Jaring Majlis Bandaraya Kuantan baru - baru ini.

Pasukan Bola Jaring PKNP menang dengan jaringan 25 berbalas 11 jaringan.

Perlawanan telah diadakan di Dewan Utama Kompleks Majlis Bandaraya Kuantan. Turut hadir adalah Datin Sri Kamariah (isteri YB. Dato' Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak), Datin Aminah binti Jahayah (isteri YH. Dato' Hamdan bin Husssin) dan Puan Nor Azilah Abdul Aziz.

Perlawanan ini merupakan persediaan bagi pasukan bola jaring PKNP bagi menghadapi Gemaputera 2022.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.