Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA
13/07/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani
Hari raya Aidiladha atau hari raya korban jatuh pada hari kesepuluh bulan Zulhijjah, bulan terakhir dalam kalendar Islam.

Hari raya Aidiladha setiap tahun dimulai dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah diikuti dengan solat sunat Aidiladha dan khutbah Aidiladha pada pagi 10 Zulhijjah.

Ibadah korban boleh dilaksanakan pada Hari - Hari Tasyrik iaitu 10 Zulhijjah, 11 Zulhijjah, 12 Zulhijjah atau 13 Zulhijjah.

Aidiladha diraikan sempena memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dalam menunaikan perintah Allah S.W.T dan kesabaran anaknya Nasi Ismail a.s dalam memenuhi perintah Allah S.W.T.

Semoga Aidiladha kali ini mengajar kita erti pengorbanan dalam kehidupan dan menjadikan kita insan yang lebih baik.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.