Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


CADANGAN PEMBANGUNAN KILANG PEMPROSESAN BAHAN KIMIA DI GEBENG, KUANTAN
19/07/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani
Kuantan, 15 Julai - Pengurus Perindustrian, Tuan Haji Md Daud bin Abdul Rahman telah menghadiri mesyuarat bagi membincangkan cadangan pembangunan kilang pemprosesan bahan kimia oleh syarikat May Chemical Sdn Bhd di atas tanah seluas 25.3 ekar di kawasan Perindustrian Gebeng Fasa 3 baru - baru ini di Bilik Teratai, Kompleks Teruntum. Nilai pelaburan bagi projek ini dianggarkan berjumlah RM 100 juta ke RM 120 juta dan dijangka membuka peluang pekerjaan kepada 200 ke 300 orang. Projek ini dijangka dimulakan pembinaan pada suku tahun pertama tahun 2023. Hadir sama pengarah syarikat May Chemical Sdn Bhd, Dato' Danny Chu, Penolong Pengurus Perindustrian, Encik Mohd Rizal bin Redzuan dan Puan Dhaleazafarina binti Md Zabani.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.