Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH PROJEK MIGHT KE PKNP
15/09/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani
Kuantan, 14 September - Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, YH. Dato Mohd Faizal bin Jaafar menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Projek Malaysian - Industry Government Group for High Technologies (MIGHT), Encik Megat Shahrul Azam bin Datuk Dr. Megat Burhainuddin baru - baru ini di Tingkat 16, Kompleks Teruntum.


Tujuan kunjungan ini adalah untuk mewujudkan hubungan perniagaan strategik dua hala di antara PKNP dan MIGHT dalam sektor - sektor terpilih seperti smart city, industrial smart park, farming city, agro city dan sebagainya.

MIGHT merupakan sebuah agensi di bawah seliaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang memainkan peranan penting dalam mengembangkan teknologi tinggi di Malaysia melalui peranannya sebagai badan pemikir, pembangunan konsensus swasta-awam dan platform pemeliharaan perniagaan.

Turut hadir adalah Pengurus Perindustrian, Tuan Haji Md Daud bin Abdul Rahman dan Encik Adikhairul bin Azha dari MIGHT.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.