Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA
15/09/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani
Malaysia tanah tumpahnya darahku.

Tanggal 16 September 1963, lahirlah sebuah persekutuan bernama Malaysia. Persekutuan Malaysia ketika itu merupakan gabungan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (Sabah).

Pengisytiharan Persekutuan Malaysia pada awalnya adalah pada 31 Ogos 1963 namun ditangguhkan kepada 16 September 1963 kerana laporan daripada Setiausaha Bangsa - Bangsa Bersatu hanya disiapkan pada 14 September 1963.

Lalu pada 16 September 1963, Persekutuan Malaysia telah diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al - Raj di Stadium Merdeka.

Menurut Profesor Dr Ahmad Murad Merican, Pensyarah Kanan Jabatan Pengurusan dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Petronas, menjelaskan bahawa pembentukan Malaysia adalah untuk menyeimbangkan populasi kaum yang berada di Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura.

Kini dengan 32.7 juta penduduk, kita boleh berbangga dengan keamanan dan kemakmuran terbentang didepan mata, terasa ke pelusuk jiwa dan harus diperjuang ke titisan darah terakhir. Selamat Hari Malaysia!

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.