Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


SETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG LAWAT RUMAH REHAT RAUB
17/10/2022 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani





Raub, 17 Oktober - Ketua Pegawai Eksekutif PKNP,YH. Dato' Mohd Faizal bin Jaafar mengiringi Setiausaha Kerajaan Pahang, YB. Dato' Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak untuk melihat kemajuan kerja di Rumah Rehat Raub, Pahang Darul Makmur pada hari semalam, 16 Oktober 2022.


YB. Dato' Sri Dr. Sallehuddin juga meminta PKNP untuk sentiasa memantau kemajuan kerja - kerja pemulihan di Rumah Rehat Raub ini supaya dapat disiapkan sepenuhnya pada penghujung tahun 2022 dan boleh beroperasi pada awal tahun 2023.


Hadir bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), YBhg. Datin Hajah Noraskin binti Jamaludin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), Encik Mohd Razif bin Abdul Malek dan pegawai - pegawai PKNP.



kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.